• UMCCed

  • UMCCed

  • UMCCed

  • UMCCed

  • Majlis Konvokesyen 30
  • Majlis Konvokesyen 30
  • Majlis Konvokesyen 30
  • Majlis Konvokesyen 30

MAKLUMAN

Tahniah kepada semua graduan 

Majlis Konvokesyen UMCCed kali ke-30 akan diadakan seperti berikut:

Tempat:  Dewan Tunku Canselor (DTC), Universiti Malaya, Lembah Pantai Kuala Lumpur.

Tarikh: 22 Oktober 2016 (Sabtu)

Masa: 8.00 pagi – 11.30 pagi

 

PERUTUSAN PENGARAH UMCCed


Prof. Dato' Dr. Mansor Md. Isa

Pengarah

Salam Sejahtera

Majlis Konvokesyen kali ke-30 ini merupakan hari teristimewa buat semua penerima Sijil dan Diploma Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed). Pada hari bersejarah ini, setiap graduan meraikan kejayaan dalam mengharungi pelbagai cabaran bagi memperkasa diri serta merealisasikan cita-cita khususnya dalam pembangunan kerjaya dan perkembangan pengetahuan.

Saya berharap pencapaian yang dikecapi pada hari ini menjadi pembakar semangat kepada para graduan untuk meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu pengetahuan seterusnya meningkatkan kemahiran dalam apa jua bidang yang diminati.

Bagi pihak warga UMCCed, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan. Harapan saya, semoga segala yang diimpikan oleh para graduan akan tercapai.